Selasa, 20 April 2010

SUPP Sibu cadangkan Robert Lau Hui Yew

SUPP Sibu cadangkan Robert Lau Hui Yew
Apr 12, 10 5:20pm

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Sibu mencadangkan seorang peguam berusia 45 tahun, Robert Lau Hui Yew, sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu.
Pengerusinya, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, nama yang dicadangkan itu telah pun dikemukakan kepada presiden parti, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, untuk mendapatkan persetujuannya."Saya percaya Dr Chan akan mengumumkannya tidak lama lagi,” katanya pada sidang akhbar di Sibu hari ini.Wong yang juga Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Negeri berkata, cawangan itu telah pun membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil itu berikutan kematian penyandangnya selama lima penggal yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew, Jumaat lalu di Kuala Lumpur.Sementara itu, Hui Yew, ketika ditanya sama ada beliau sedia untuk bertanding dalam pilihan raya itu jika diberi peluang, berkata: “Pada suatu ketika dalam hidup kita, jika keputusan telah dibuat, kita mungkin perlu menerimanya. Bagaimanapun lebih baik kita tunggu parti buat keputusan.”- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan