Rabu, 2 Disember 2009

66,616 NAMA DIGUGUR DARI SENARAI PEMILIH

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menggugurkan 66,616 nama daripada rekod pemilih berdaftar kerana pertukaran alamat, kematian, dilucut kewarganegaraan dan sebagainya dalam Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahun ketiga 2009.
DPT yang diperakui SPR itu adalah bagi tempoh Julai hingga September tahun ini.Berikutan itu, jumlah pemilih pendatar terkini ialah seramai 11,085,863 - termasuk 81,625 pemilih dalam DPT suku tahun ketiga itu, yang terdiri daripada 67,502 permohonan pemilih baru dan 14,123 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.
Dalam satu kenyataan hari ini, SPR turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu SPR membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar yang meninggal dunia."SPR memohon kerjasama mana-mana waris untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur waris-waris mereka yang telah meninggal dunia kepada SPR."Waris-waris boleh menghantar salinan tersebut secara pos atau faks atau datang sendiri ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri ataupun ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya," menurut kenyataan itu.
Pemilih berdaftar turut digalakkan untuk menyemak Daftar Pemilih Induk 2006 bagi tujuan membuat pembetulan ke atas sebarang kesilapan seperti ejaan nama, nombor kad pengenalan, alamat, jantina dan sebagainya. Orang ramai yang berminat boleh membeli DPT Suku Tahun Ketiga 2009 dengan membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi SPR di 03-8885 6500, mana-mana Pejabat Pilihanraya Negeri ataupun di laman web www.spr.gov.my. - Bernama

Selasa, 24 November 2009

Kota Siputeh: Mahkamah tangguh DUN kosong

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan sementara perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.
Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.
Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.
Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim.
Mengikut undang-undang, apabila SPR telah mengeluarkan writ tersebut, maka ia tidak boleh dibatalkan.
Sebelum itu, peguam kanan persekutuan, Kamaluddin Md Said berhujah bahawa wujud keadaan tertentu yang membolehkan penangguhan itu dibuat.
Katanya, jika SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, dan jika rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya dibenarkan, maka pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran dana awam.
Kamaluddin juga menegaskan, jika pilihan raya kecil diadakan, ia mungkin menyebabkan ada dua wakil rakyat, jika rayuan SPR dibenarkan.
Manakala peguam kanan Sulaiman Abdullah, yang mewakili speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail pula berkata, jika mahkamah membenarkan penangguhan itu, ianya hanya menghalang perjalanan perlembagaan kerana kerusi tersebut telahpun diisytiharkan kosong.
"Apabila sesebuah kerusi diisytiharkan kosong, maka pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dan writ pilihan raya hendaklah dikeluarkan esok," katanya.
Sulaiman berkata, juga tidak ada keperluan segera untuk memberi penangguhan kerana Mahkamah Rayuan boleh mendengar rayuan SPR sebelum tempoh 60 hari itu.
Maka katanya, tidak ada keperluan segera untuk mahkamah membenarkan penangguhan. Tambahan lagi, katanya, mengikut undang-undang, mahkamah tidak boleh memberi sesuatu penangguhan terhadap mana-mana perintah yang dipohon.

Isnin, 23 November 2009

SPR GAGAL TANGGUH PERINTAH KOSONGKAN - Kota Siputeh

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mendapat perintah untuk menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah sebagai kosong.Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini menolak permohonan SPR bagi mendapatkan perintah penangguhan itu tetapi suruhanjaya itu telah merujuk perkara berkenaan kepada Mahkamah Rayuan dengan mengemukakan satu lagi permohonan untuk perintah penangguhan.
Jika ia tidak mendapat perintah itu, SPR perlu mengeluarkan writ menjelang Rabu ini bagi mengadakan satu pilihan raya kecil di situ.
Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin berkata beliau bersetuju dengan Sulaiman Abdullah, peguam utama bagi Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, bahawa SPR gagal meyakinkan mahkamah berhubung isu keadaan luar biasa bagi mewajarkan permohonan itu dibenarkan.
Katanya, alasan mengenai implikasi kewangan yang dinyatakan oleh peguam kanan persekutuan Datuk Kamaruddin Md Said, yang mewakili SPR, tidak boleh ditakrif sebagai satu keadaan luar biasa."Mengikut undang-undang, menguruskan pilihan raya merupakan tanggungjawab biasa SPR dan suruhanjaya ini tidak merujuk mana-mana undang-undang kes untuk menyokong hujahnya," kata Alizatul.Pada 17 Nov lepas, SPR mengemukakan permohonan itu setelah Alizatul membuat keputusan sehari sebelumnya bahawa kerusi berkenaan kosong kerana mendapati penyandangnya Datuk Abu Hassan Sharif daripada BN gagal menghadiri dua mesyuarat dewan itu berturut-turut tanpa mendapat cuti.
Mahkamah membuat keputusan itu ekoran tindakan Speaker DUN memfailkan semakan perundangan setelah SPR menerima sijil sakit Abu Hassan dan mengisytiharkan tidak berlaku kekosongan dan beliau masih mewakili kerusi itu.Dalam penghakimannya hari ini, Alizatul berkata tanpa unsur keadaan luar biasa, mahkamah tidak dapat membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan itu.Abu Hassan turut hadir pada prosiding hari ini. BERNAMA

Isnin, 16 November 2009

SPR MINTA NASIHAT PEGUAM NEGARA

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meminta nasihat Peguam Negara berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh, Kedah.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR akan meminta nasihat Peguam Negara bagi menentukan langkah seterusnya yang patut diambil berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu."Kita perlu meminta nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu mengenai langkah yang perlu diambil memandangkan ini kali pertama kes sedemikian berlaku dalam sejarah."Kita mahu lihat sama ada SPR menpunyai ruang untuk merayu kes itu kepada pihak yang lebih tinggi (Mahkamah Rayuan)," katanya kepada Bernama hari ini."
Isu ini telah menjadi satu isu akademik yang wajar diteliti, jadi elok SPR membawanya kepada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan," kata Wan Ahmad.Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin hari ini memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.
Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi kawasan Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

KOTA SIPUTEH DIISYTIHAR KOSONG

Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.
Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN esok.Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan."Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya ketika menyampaikan keputusannya pada jam 5.30 petang. "Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) telah menepati syarat tersebut," kata Hakim Alizatul ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.Abdul Isa, yang diwakili oleh peguam utama Sulaiman Abdullah, memfailkan semakan kehakiman pada 1 Oktober, selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakilrakyatnya.
Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil.Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika mana-mana anggota DUN tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran Speaker selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusi yang diwakilinya akan menjadi kosong.
Dalam keputusannya hari ini, Hakim Alizatul berkata tidak dipertikaikan bahawa Abu Hassan tidak memperoleh kebenaran daripada Speaker untuk tidak menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut, dan hanya mengemukakan sijil cuti sakit beliau kepada Speaker pada 10 Ogos 2009."Speaker mempunyai kuasa mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah bagi memberi kebenaran dan beliau tidak bertindak secara tidak munasabah apabila menolak sijil cuti sakit bertarikh 10 Ogos 2009 selepas mengetahui bahawa wakil rakyat itu turut menghadiri satu majlis pada hari yang sama," katanya.Hakim Alizatul menegaskan SPR telah bertindak secara tidak sah ketika menerima sijil cuti sakit yang dikemukakan oleh Abu Hassan sebagai alasan kerana ketidakhadirannya.
SPR juga membuat keputusan tidak wajar ketika memutuskan bahawa Perkara 51 hanya boleh digunakan selepas Speaker merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, katanya."Tiada peruntukan mandatori dikenakan ke atas Speaker untuk berbuat demikian memandangkan keputusan sama ada merujuk perkara itu kepada jawatankuasa berkenaan atau tidak adalah budi bicara beliau memandangkan perkara berkaitan kebenaran bukanlah keistimewaan yang diberikan kepada seseorang wakil rakyat,"katanya.Hakim Alizatul berkata SPR telah tersalah tafsir maksud "dua persidangan berturut-turut" mengikut Perkara 51 sebagai dua sesi berasingan."Saya bersetuju dengan peguam pemohon bahawa responden pertama (Abu Hassan) telah tidak menghadiri dua persidangan berturut-turut dalam satu sesi tanpa gendala," katanya.Mahkamah turut menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan SPR bagi penangguhan perintah pilihan raya kecil.Di luar mahkamah, Abu Hassan memberitahu pemberita beliau menerima keputusan itu dan menyerahkan kepada peguamnya, Datuk Hafarizam Harun, untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.SPR diwakili peguam kanan persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said. - Bernama

Rabu, 4 November 2009

Nazri: SISTEM UNDI POS KEKAL - 4 Nov 2009

Kerajaan tidak bercadang untuk menggantikan sistem undi pos dengan sistem pengundian awam bagi polis dan tentera kerana ia bersesuaian dengan keperluan jawatan dan tugas mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) turut membenarkan wakil parti yang bertanding untuk melihat sendiri proses pengundian dan pengiraan undi supaya mereka dapat memastikan sendiri proses itu berjalan dengan adil dan lancar."SPR masih berpendapat bahawa sistem pengundian pos yang sedia ada masih lagi relevan seperti mana yang diperuntukkan di dalam Peraturan 2 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftar Pemilih) 2002 dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003," katanya di Parlimen hari ini.Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Pengkalan Chepa) sama ada kerajaan berhasrat menggantikan sistem pos dengan sistem pengundian awam bagi anggota polis dan tentera seperti yang dilaksanakan di Thailand.
Beliau turut menafikan dakwaan Abdul Halim bahawa terdapat 2.5 juta nama pengundi yang sudah meninggal dunia di dalam daftar SPR kerana daftar tersebut dikemaskini setiap enam bulan, mengikut senarai kes kematian yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Mohamed Nazri berkata SPR juga tidak bercadang untuk menjadikan isteri atau pasangan anggota tentera dan polis sebagai pengundi awam."Kalau isteri ikut suami (bertugas) di Sarawak dan dia daftar sebagai pengundi di Pengkalan Chepa, tak kan pula dia nak balik ke Pengkalan Chepa untuk mengundi?"Ini melibatkan kos dan akan timbulkan masalah logistik," katanya.
Mohamed Nazri berkata sistem undi pos memberi peluang kepada semua anggota tentera, polis dan Pasukan Gerakan Am yang bertugas di luar negara, pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara dan pasangan masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing tanpa mengabaikan tugas mereka."Namun begitu, ini tidak bermakna SPR tidak bersedia untuk melakukan usaha penambahbaikan dalam pengurusannya, malah, SPR sentiasa responsif terhadap perubahan-perubahan semasa," katanya.
Di samping itu, Mohamed Nazri turut menyelar pihak pembangkang yang mengajukan aduan kepada SPR setiap kali mereka kalah dalam pilihan raya, sedangkan BN tidak pernah berbuat demikian."Saya tiada statistik, tetapi semasa pilihan raya, waktu BN kalah, termasuk kalah undi pos kita tak pernah mengadu, tetapi kalau pembangkang kalah dan kalah undi pos memang SPR banyak terima aduan," katanya. BERNAMA

Isnin, 12 Oktober 2009

BN KEKAL DI PILIHAN RAYA KECIL N.31 BAGAN PINANG


Bekas menteri besar Tan Sri Mohd Isa Samad menggandakan majoriti BN kepada 5,435 undi apabila mendapat 8,013 undi, meninggalkan jauh calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan hanya 2,578 undi.
Keputusan Pilihan Raya Kecil telah diumumkan pada 11 Oktober 2009 jam 8.00 malam di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.
Jumlah Undi rosak 223 dan peratusan pengundian 82 peratus.
Pada pilihan raya umum 2008 - rekod terburuk BN - parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi.Pada pilihan raya umum sebelumnya, prestasi BN yang paling baik sejak merdeka, ia memperolehi 4,411 undi.

Kejayaan BN semalam menebus maruah parti itu yang selama ini tercalar akibat kegagalan memenangi sebarang pilihan raya kecil di Semenanjung sejak sembilan kali ia diadakan.

BN juga berjaya menebus ketewasannya di tiga daripada lapan daerah mengundi pada Mac tahun lalu, semuanya didominasi pengundi bukan Melayu: Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong. Kemenangan Isa itu, selain membuktikan ketokohannya masih utuh walaupun tercalar dengan isu rasuah, juga menunjukkan pengundi bukan Melayu berpatah balik bersama BN

Isnin, 5 Oktober 2009

SPR cadang Pakatan Rakyat didaftar

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mencadangkan agar parti-parti pembangkang mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah gabungan yang sah seperti BN bagi membolehkan mereka berkempen sebagai satu pakatan."Daftarlah dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai parti Pakatan Rakyat, dan SPR tidak akan kacau lagi," katanya merujuk kepada tindakan SPR menurunkan bahan kempen parti yang tidak bertanding di Bagan Pinang semalam yang mencetuskan kekecohan apabila penyokong pembangkang mengerumuni anggota penguatkuasa suruhanjaya itu.Bercakap kepada pemberita di majlis sambutan Aidilfitri dan penyampaian sijil kepada petugas pilihan raya kecil Manik Urai di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 di sini malam tadi, Abdul Aziz berkata bahawa yang bertanding di Bagan Pinang adalah Pas dan Barisan Nasional manakala parti lain tidak membayar deposit dan tidak mendapat permit untuk berkempen."Sebab itu pasukan pemantau kita menurunkan bendera, simbol dan gambar parti yang tidak bertanding," katanya.Abdul Aziz berkata SPR telah menasihatkan semua parti berhubung larangan berkenaan tetapi ada pihak yang masih berdegil."Apabila kita ambil tindakan tegas, saya harap mereka dapat menerimanya dengan hati terbuka," katanya.Abdul Aziz juga berkata kenderaan yang dinaikinya telah dikepung pada hari penamaan calon di Bagan Pinang pada Sabtu lalu."(Kenderaan) kami ditahan. Kami dimaki hamun dan ditunjuk duit pada muka kita. Saya takut lihat muka mereka dan bimbang juga keselamatan kami seperti kenderaan diterbalikkan," katanya.Beliau berkata disebabkan itu SPR telah menasihatkan parti bertanding agar tidak membawa terlalu ramai penyokong berarak mengiringi calon pada hari penamaan calon iaitu tidak melebihi 5,000 orang tetapi ia tidak diendahkan. - Bernama

Ahad, 4 Oktober 2009

SPR minta penyokong BN, PAS jangan terlalu emosional

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menasihati penyokong BN dan PAS supaya saling hormat menghormati sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang - yang bermula selepas penamaan calon hari ini. Hari pengundian ditetapkan pada 11 Oktober depan."Masa kempen janganlah keluarkan perkataan yang sangat menyakitkan hati pihak yang lain....mereka kenal satu yang lain. Masa kempen itu juga jangan burukkan peribadi, memalukan seseorang, menjatuhkan maruah orang.....tak elok dan saya harap perkara itu tidak terus dibawa semasa hari pengundian."Saya harap pemimpin parti berkenaan, ingatkan pengikut masing-masing... jangan sampai hilang ingatan, jangan terlalu emosional. Kita mesti berfikir secara rasional," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon pilihan raya kecil itu di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, lapor BernamaDalam pilihan raya kecil itu, calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad, berdepan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar.Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor, yang mewakili BN, meninggal dunia pada 4 September lepas.Pada pilihan raya umum 2008, Azman menewaskan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.Sejumlah 13,664 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos, layak mengundi pada pilihan raya kecil ini.Abdul Aziz juga gembira kerana proses penamaan calon pilihan raya kecil itu berjalan dengan baik.Katanya penyokong parti yang bertanding diletakkan di dua kawasan berasingan dan berjauhan antara satu dengan lain mengikut laluan berbeza."Cuma sebelum mereka mula berhimpun pagi tadi, hujan lebat menyebabkan ramai mereka yang dalam keadaan basah kuyup. Saya dimaklumkan penyokong BN sebanyak 4,000 manakala 5,000 PAS," katanya. Beliau berkata SPR menerima tiga bantahan iaitu dua bantahan daripada PAS berhubung pekerjaan Mohd Isa dan saksi calon BN tidak berdaftar sebagai pemilih manakala bantahan BN terhadap calon PAS pula adalah kerana ada kes mahkamah.Bagaimanapun, katanya setelah disemak, ketiga-tiga bantahan itu ditolak dan kedua-dua calon daripada BN dan PAS sah bertanding.

N.31 Bagan Pinang: Pertandingan BN lawan PAS


Calon Bebas En.Shahruddin yang dikatakan penyokong dan penyadangnya bukan pemilih dari Kawasan DUN N.31 Bangan Pinang

Aksi penyokong BN dalam kumpulan PAS


Barisan penyokong PAS


Barsian penyokong BN


[ Calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dan BN Tan Sri Isa Samad ]
Pilihan Raya Kecil DUN N.31 Bagan Pinang akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar.
Pengumuman itu dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil DUN N.31 Bagan Pinang Abdul Wahab Shamsuddin
11am: Masa bantahan tamat
10.14am: Hanya calon BN, Tan Sri Isa Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar yang menyerahkan borang pencalonan. Tempoh serah borang pencalonan tamat jam 10 pagi.
Sebelum ini, Shahruddin tidak dapat menyerahkan kertas pencalonannya kepada penyokong bukan orang tempatan.
9.40am: Penyokong kedua belah pihak semakin meningkat dan jumlahnya dianggar sama banyak.
9.33am: Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid keluar dari pusat penamaan calon selepas mendapati penyokongnya bukan dari Bagan Pinang. Pencadang penduduk Bagan Pinang.
9.31am: Keadaan menjadi agak tegang apabila penyokong kedua belah pihak bergerak hampir satu sama lain. Penyokogn BN dan Pakatan terus melaung antara satu sama lain. Polis cuba meredakan keadaan.



Isnin, 14 September 2009

PILIHAN RAYA KECIL N.31 BAGAN PINANG NEGERI SEMBILAN


Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada hari ini dan esok.Katanya, pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu."Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor yang mewakili BN meninggal dunia pada 4 September lalu.Menurut Abdul Aziz, daftar pemilih tersebut akan mula dijual pada 18 Sept."Para pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web SPR iaitu www.spr.gov.my atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN ke 15888 pada tarikh yang sama," katanya.
Beliau berkata, 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa (lihat carta). "Daripada pecahan itu, 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita," katanya.Menurut Abdul Aziz, dewan Majlis Perbandaran Port Dickson akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi manakala proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Port Dickson. "Untuk pilihan raya kecil ini, SPR akan membuka lapan buah pusat mengundi yang melibatkan lapan buah sekolah dan 18 tempat saluran mengundi," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz turut mengumumkan penubuhan tiga Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) di bawah Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen."Pasukan berkenaan akan mula bertugas dari tarikh penamaan calon hingga tamat hari mengundi, dan akan diketuai oleh seorang pegawai penguatkuasa."Ia akan turut dianggotai oleh seorang pegawai polis, seorang wakil pihak berkuasa tempatan dan wakil-wakil calon yang bertanding," katanya sambil memberi amaran, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954."Saya ingin tegaskan sekali lagi, jangan terkejut jika kita bertindak tegas dan mengenakan tindakan, dan jangan kata SPR berlaku zalim. Kita dah ingatkan banyak kali," katanya.Di bawah subsesyen berkenaan, mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 1 tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.Seperti pilihan raya kecil yang lain, SPR turut membenarkan Malaysia For Free and Fair Election (Mafrel) menjadi pemerhati perjalanan pilihan raya kecil berkenaan. BERNAMA

Isnin, 7 September 2009

PILIHAN RAYA KECIL DI N.31 BAGAN PINANG DI KETAHUI ISNIN DEPAN - SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Isnin depan dan mengumumkan tarikh bagi pilihan raya kecil kawasan DUN Bagan Pinang pada hari yang sama.Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau kini masih menunggu surat memaklumkan tentang kekosongan kerusi DUN itu daripada Speaker DUN Negeri Sembilan."Saya menjangkakan surat itu dihantar pada hari ini tapi setakat pagi ini, saya belum lagi menerima apa-apa surat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.Pada pilihan raya umum tahun lepas, Azman, 54, yang mewakili BN menang dengan undi 6,430 menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.Ditanya tentang kemungkinan pilihan raya kecil itu diadakan selepas perhimpunan agung khas Umno pada 13 hingga 16 Okt ini, beliau berkata ia masih dalam pertimbangan."Memandangkan banyak peristiwa penting berlaku bulan depan, jadi perkara itu akan menjadi agenda utama yang akan dibincangkan pada mesyuarat itu nanti," kata Abdul Aziz.

Selasa, 25 Ogos 2009

PAS MENANG PILIHAN RAYA KECIL N11 PEMATANG PASIR

Ogos 25, 09 6:35pm

7.31pm PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

Rabu, 19 Ogos 2009

PILIHANRAYA KECIL N.11 PEMATANG PASIR

Pertandingan dua penjuru antara calon PAS En Mohd Salleh dan calon BN En. Rohaizat Othman akan berlangsung pada 25 ogos 2009.

Isnin, 10 Ogos 2009

H1N1 - N11 PEMATANG PASIR

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menyeru pemilih yang dijangkiti virus selesema A (H1N1) supaya mematuhi nasihat doktor dengan tidak keluar mengundi pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, 25 Ogos ini."Kita akan katakan, mereka yang menghidap penyakit H1N1 janganlah datang (mengundi) juga. Dia hendaklah mengasingkan dirinya mengikut nasihat doktor," nasihat Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
"Jangan dia datang juga dengan semangat tinggi sangat hendak mengundi, sedangkan (arahan kuarantin) ini nasihat doktor. "Dia kena mengasingkan dirinya, duduk di rumah atau tempat tertentu, (di) hospital dan sebagainya."Pegawai dan kakitangan suruhanjaya itu merancang untuk memakai topeng, mungkin sarung tangan, ketika mengendalikan pilihanraya kecil kerusi itu bagi mengelak wabak berkenaan yang semakin meruncing – enam lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlahnya 32 orang. "Di peringkat SPR, kita merasakan, petugas kita yang banyak berinteraksi dengan pemilih, kita minta mereka pakai topeng muka," kata Abdul Aziz."Itu hendak elak, tetapi kadang-kadang, pakai topeng (muka) pun kena juga. Ini hendak elak saja. Mungkin kena waktu bersalam."Saya tidak tahulah kali ini macam mana, hendak pakai sarung tangan ke? Kita hendak minta jabatan kesihatan beri nasihat."Abdul Aziz diminta mengulas cara membendung wabak itu dalam sidang media ketika mengumumkan tarikh pilihanraya kecil kerusi negeri itu di pejabatnya di Putrajaya pagi tadi.Penamaan calon kerusi bawah parlimen Permatang Pauh itu dijadualkan 17 Ogos ini. Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, wakil rakyat tunggal PAS, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.Ditanya sama ada tarikh pengundian boleh dipinda sekiranya penularan wabak itu semakin serius, Abdul Aziz berkata: "Kita akan lihat betapa seriusnya (penularannya). Setakat ini, tidak ada perkara (cadangan) itu." Sementara itu, Abdul Aziz sekali lagi menasihati parti politik bertanding supaya mematuhi undang-undang dengan tidak mendirikan pondok panas dan merayu undi pada hari pengundian.
"Cuma dalam pilihanraya yang lepas di Penanti dan Manek Urai, SPR ada beri kelonggaran sedikit kerana wakil parti yang berjumpa dengan saya berjanji tidak akan ada lagi merayu dan meraih (undi). "Tidak akan ada (merayu undi) dibuat di situ semasa hari pengundian. Tetapi saya agak kecewa, di Penanti OK, tetapi di Manek Urai, dilanggarnya habis-habisan," katanya.Berhubung faktor kesihatan calon, Abdul Aziz berkata, tiada undang-undang tertentu yang mewajibkan mereka yang ingin bertanding mengadakan pemeriksaan perubatan."Dari segi lumrah, kalau kita hendak minta kerja sekalipun, di mana-mana, mesti dibuat pemeriksaan untuk mengetahui apa penyakitnya pada masa berkenaan."Tetapi bukan maknanya, bila buat pemeriksaan perubatan, dia sihat walafiat, dia tidak mati. "Itu saya hendak tekankan. Ini adalah ikhtiar. Tetapi kalau laporan perubatan (dapati) macam-macam penyakit, (tetapi) dia pilih juga. Terpulang kepada yang berkenaan. Undang-undang kita tidak ada," katanya.

Ahad, 9 Ogos 2009

Pilihan Raya Kecil N.11 Pematang Pasir Bulan Puasa

SPR, mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir jatuhnya pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pilihanraya kecil kelapan ini dipanggil susulan kematian wakil rakyatnya, satu-satunya ADUN PAS di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir - satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad Sahar Shuib mendapat 5,571 undi.

PAS telah mempertahankan selama tiga penggal berturut-turut kawasan N.11 Pematang Pasir ini oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999.

Isnin, 27 Julai 2009

PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA

KAJIAN DAN PERSEMPADANAN SEMULA

Kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri adalah merupakan salah satu daripada tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan. Setiap bahagian pilihan raya harus mengandungi sebilangan pemilih yang tinggal di kawasan yang boleh dikenal pasti. Dalam menjalankan kajian berkenaan, Suruhanjaya Pilihan Raya dibantu oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jabatan Perangkaan dan Jabatan Peguam Negara. Sehingga kini, sebanyak 8 kali urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri telah diadakan.

TEMPOH KAJIAN SEMULA

Suruhanjaya Pilihan Raya dibenarkan menjalankan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya hanya selepas 8 tahun dari tarikh selesainya kajian yang terdahulu. Setiap kajian semula mesti diselesaikan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh ia bermula. Lazimnya, urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri dijalankan serentak di semua negeri di seluruh Malaysia kecuali Sarawak.

PRINSIP-PRINSIP PERSEMPADANAN SEMULA

Dalam menjalankan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi prinsip-prinsip yang digariskan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Prinsip-prinsip ini adalah seperti yang berikut:-
i)
Di samping memberi perhatian terhadap mustahaknya pemilih-pemilih diberi peluang-peluang kemudahan yang berpatutan untuk mengundi, sempadan bahagian-bahagian pilihan raya tidak harus memasuki sempadan-sempadan Negeri dan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya Negeri tidak harus memasuki sempadan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan;

ii)
Perhatian harus juga diberi kepada kemudahan-kemudahan pentadbiran yang boleh didapati di dalam bahagian-bahagian pilihan raya itu untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan bagi pendaftaran dan semasa mengundi;

iii)
Bilangan pemilih di dalam tiap-tiap satu bahagian pilihan raya dalam sesuatu Negeri patutlah lebih kurang sama banyaknya kecuali bagi bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar di mana keluasan bahagian patut diberi pertimbangan memandangkan kepada lebih besar kesulitan untuk sampai kepada pemilih-pemilih dalam daerah-daerah kampung dan lain-lain kesukaran yang dihadapi; dan

iv)
Perhatian juga patut diberi kepada kesulitan-kesulitan yang akan timbul dengan perubahan-perubahan bahagian-bahagian pilihan raya dan juga memelihara hubungan setempat.

PROSEDUR-PROSEDUR PERSEMPADANAN

Laporan Kajian Semula Persempadanan dengan syor awal persempadanan dikemukakan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Pada masa yang sama, suatu notis dikeluarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar dan disiarkan dalam Warta, serta dipamerkan di semua bahagian-bahagian pilihan raya selama satu bulan untuk pemeriksaan dan rayuan orang ramai.

Proses persempadanan bermula dengan arahan oleh Ibu Pejabat SPR kepada Pengarah-pengarah Pilihan Raya Negeri mengumpul maklumat-maklumat seperti bilangan pemilih di bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri, kemudahan-kemudahan baru yang ada seperti bangunan dan sekolah-sekolah untuk digunakan sebagai tempat pengumuman pilihan raya dan kemudahan perhubungan dan pengangkutan. Arahan ini dikeluarkan setelah tamat tempoh lat 8 tahun dengan selesainya kajian semula persempadanan sebelum ini.

Suruhanjaya mesti mengadakan siasatan tempatan untuk mendengar rayuan yang diterima dalam tempoh pameran itu dari mana-mana Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan 100 orang pemilih dan lebih, dari bahagian-bahagian pilihan raya yang terlibat dengan kajian tersebut.

Sebaik sahaja selesai siasatan berkenaan, sebarang perubahan kepada syor persempadanan mestilah dipamerkan semula kepada orang ramai untuk tempoh sebulan. Suruhanjaya tidak perlu mengadakan lebih daripada dua siasatan tempatan.

Cadangan persempadanan yang akhir akan dikemukakan kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan dalam Dewan Rakyat bagi mendapatkan kelulusan. Bahagian-bahagian pilihan raya yang baru hanya terpakai apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubar.



Info Penting @ Tahukah Anda? *

[Persempadanan semula bahagian-bahagian Negeri Sarawak

Tahun 1968 P 24 N 48
Tahun 1977 P 24 N 48
Tahun 1987 P 27 N 56 Tambahan P 3 N 8
Tahun 1996 P 28 N 62 Tambahan P 1 N 6
Tahun 2005 P 31 N 71 Tambahan P 3 N 9

P- Parlimen
N- Negeri

Selasa, 14 Julai 2009

KOMEN PENGERUSI SPR - DI MANEK URAI


MANEK URAI - 14 july 2009

Suruhanjaya Pilihan Raya mengakui beberapa peraturan baru yang diperkenalkan tidak memberi kesan positif ketika berlangsung sesuatu pilihan raya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, peraturan menghadkan pos panas (barung) dengan jarak 50 meter dari pintu masuk ke pusat pengundian tidak memberi apa-apa erti kepada kedua-dua parti yang bertanding di Manek Urai.

"Beberapa kejadian secara jelas melanggar peraturan SPR seperti had kawasan, penggunaaan sebarang logo dan lambang parti tidak diendahkan langsung," katanya ketika ditemui media di sini.

Menurutnya beliau melihat banyak berlaku perlanggaran terhadap peraturan SPR kedua-dua parti yang bertanding.

Sedangkan katanya sebelum ini kedua-dua pihak berjanji dan bersetuju untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL N.41 MANEK URAI


14 july 2009

Calon Pas Mohd Fauzi Abdullah mendapat undi sebanyak 5,348 menang dengan majoriti 65 undi mengatasi calon BN Tn Aziz Tn Mat mendapat 5,283 undi selepas diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya N.41 Manek Urai pada jam sembilan malam. Peratus pengundian pada pilihan raya kecil ini adalah diantara tertinggi dalam pilihan raya kecil yang lalu sebanyak 87.3 %.

Selasa, 7 Julai 2009

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA DUN SARAWAK 2006 (PRU 9)

Dun 2006 Sarawak 20 mei 2006

N.1 Opar
1. Ranum ak Mina (BN)3585
2. Patrick Anek Uren (SNAP)1402

N.2 Tasik Biru
1. Peter Nansian ak Ngusie(BN)6393
2. Joseph Jutem ak Umen (SNAP)3190

N.3 Tanjong Datu
1. Adenan bin Satem (BN)4545
2. Sobey binDaud (PKR)409
3. Larry Dominic Linang (Bebas)357

N.4 Pantai Damai
1. Idris bin Bohari(PKR)3053
2.Abdul Rahman bin Junaidi(BN)5217

N.5 Demak Laut
1. Abg Draup Zamahari bin Abg Haji Zen
(BN) 5094
2.Saidan@Massudin bin Sahinie(PKR)1489

N.6 Tupong
1. Daud bin Abdul Rahman(BN)6885
2. Ramblee bin Mahtar(BN)2313

N.7 Samariang
1. Wan Zainal Abidin bin Wan Senusi(BN)2877
2. Sharifah Hasidah bt Sayeed Aman Ghazali(BN)5365

N.8 Satok
1. Mohamad bin Jolhi(PKR)1424
2. Dato Sri Abg Abd Rahman Zohari bin Abg Openg(BN)4222

N.9 Padungan
1. Ng Kim Ho(PKR)8002
2. Lily Yong Yee Lee(BN)6585

N.10 Pending
1. Violet Yong Wui Wui(DAP)11632
2. Sim Kheng Hui(BN)7260

N.11 Batu Lintang
1. Voon Lee Shan(DAP)8806
2. Chan Lee Shan(BN)5399

N.12 Kota Sentosa
1. Yap Chin Loi(BN)6048
2. Chong Chiang Jen(DAP)6579

N. 13 Batu Kawah
1. Wong Huan Yu(DAP)2575
2. Tan Joo Phoi(BN)6755

N.14 Asajaya
1. Abd Karim Rahman Hamzah(BN)6949
2.Mosidi bin Sait(PKR)1886

N.15 MuaraTuang
1. Mohammad Ali Mahmud(BN)7863
2. Abang Ibrahim bin Abang Othman(PKR)1536
3. Jong Nyuk Chan(BEBAS)415

N.16 Bengoh
1. Mangan Anak Ngangok(SNAP)3552
2. Jerip Anak Susil(BN)7540

N. 17 Tarat
1. Roland Sagah Wee Inn(BN)5856
2. Alex Saben Anak Nipong@Nipong(SNAP)2598

N.18 Tebedu
1.Peter Anak Runin(SNAP)1851
2.Macheal Manyin Anak Jawong(BN)6107

N.19 Kedup
1. Frederick Bayoi ak Manggie(BN)5635
2. Razali bin Bolhi@Bujang bin Bolhi(SNAP)3654

N.20 Sadong Jaya
1. Piee bin Ling(PKR)1857
2. Wan Wahap@Wan Abd Wahap bin Wan Sanusi(BN)2715

N.21 Simunjan
1. Mohd Naroden bin Majais(BN)4786
2. Sakawi bin Nahari(PKR)1436

N.22 Sebuyau
1. Mohamad bin Akek(PKR)1300
2. Julaihi bin Narawi(BN)3748

N.23 Lingga
1. Simoi binti Peri(BN)3245
2. Abang Othman bin Abang Haji Gom(PKR)1375

N.24 Beting Maro
1. Alem bin Din(PAS)1901
2. Bolhassan bin Di @ Ahmad bin Di(BN)2796

N.25 Balai Ringin
1. Ibi Anak Uding(SNAP)1559
2. Snowdan Lawan (BN)3075
3. Cobbold Anak Lusoi(BEBAS)742

N.26 Bukit Begunan
1. Mong Anak Dagang(BN)3083
2. Daniel Tajem Anak Miri(SNAP)2076

N.27 Simanggang
1. Peli Anak Aron(SNAP)886
2. Francis Harden Anak Hollis(BN)5144

N.28 Engkilili
1. Johnichal Rayong Anak Ngipa(SNAP)3442
2. Jonathan Krai Pilo(BN)3016

N.29 Batang Air
1. Dublin Unting Anat Ingkot(BN)3295
2. Nicholas Bawin Anak Anggat(SNAP)2489

N.30 Saribas
1. Wahbi bin Junaidi(BN)2441
2. Abang Zulkifli bin Abang Engkeh(PKR)2347

N.31 Layar
1. Dayrell Walter Entire(SNAP)1090
2. Alfred Jabu Anak Numpang(BN)3767

N.32 Bukit Saban
1. Edwin Dundang Anak Bugak (SNAP)1420
2. Robert Lawson Chuat ak Vincent Entering(BN)3258

N.33 Kalaka
1. Abdul Wahab bin Aziz(BN)7396
2. Jini bin Sahini(PKR)1467

N.34 Krian
1. Edmund Stanley Jugol Anak Benedict Sandin(SNAP)2695
2. Peter Nyarok anak Entrie(BN)4784

N.35 Belawai
1. Abang Sarbini bin Abang Ojek(PKR)786
2. Hamdan bin Ahmad(BN)4102

N.36 Semop
1. Mohamad Asfia bin Awg Nasar(BN)4479
2. Noh bin Sa’bi @Saabi(PKR)1253

N.37 Daro
1. Murni bin Suhaili(BN)MTB

N.38 Jemoreng
1. Nasaruddin bin Abdullah (BEBAS)1857
2. Gani @Abu Seman bin Jahwie (BN)3567

N.39 Repok
1. David Teng Lung Chi(BN)5502
2. Kung Chin Chin(DAP)4926

N.40 Meradong
1. Wong Kung Kuong(BEBAS)603
2. Ting Tze Fui(DAP)5990
3. Wong Zee Yeng (BN)2412
4. Junak Anak Jawek(BEBAS)117
5. David Tiong Chiong Chu(BEBAS)569

N.41 Pakan
1. William Ikom(BN)4138
2.Boos Anak Tutong@Kirai(SNAP)2375

N.42 Meluan
1. Jenggie Anak Malaka(BEBAS)2079
2. Wong Anak Judat (BN)5086
3. Labang Anak Jamba(SNAP)440

N.43 Ngemah
1. Adeh ak Denong(BEBAS)2582
2. Alexander Anak Vincent(BN)2033
3. Richard Anak Lias(SNAP)341

N.44 Machan
1. Rimong Anak Jantan(SNAP)1756
2. Gramong Juna(BN)4045

N.45 Bukit Assek
1. Wong Ho Leng(DAP)10380
2. Ngieng Kiong Ann(BN)5629

N.46 Dudong
1. Soon Choon Teck(BN)7359
2. Stephen Lu Cheng Kuok(DAP)6951

N.47 Bawang Assan
1. Wong Soon Koh(BN)6804
2. Wong Kee Woan(DAP)4300

N.48 Pelawan
1. Goh Chung Siong(BN)7375
2. Ting Chek Ming(DAP)7112

N.49 Nangka
1. Awang Bemee bin Awang Basah(BN)6202
2. Abang Bungsu@Abg Ariffin b Abg Sebli(PKR)1387

N. 50 Dalat
1. Fatimah bt Abdullah(BN)MTB

N.51 Balingian
1. Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud(BN)6393
2. Ibrahim bin Bayau(PKR)667

N.52 Tamin
1. Augustine Anak Lion(SNAP)2262
2. Joseph Mauh Ak Ikeh(BN)4639

N.53 Kakus
1. John Sikie anak Tayai(BN)3739
2. Chin Khin Hee(BEBAS)783
3. Charlie @Chali anak Lunyong(SNAP)887

N.54 Pelagus
1. Larry Soon@Larry Sng Wei Shien(BN)5965
2. Simon Anak Sibat(SNAP)541
3.Jeffery Nuing ak Ebom(SNAP)2726

N.55 Katibas
1. Ambrose Blikau anak Enturan(BN)3887
2.Stephen Ayot anak Kali(BEBAS)430
3.Abd Halim bin Abdullah(SNAP)555

N.56 Baleh
1. James Jemut Masing(BN)5330
2. Lucius anak Jimbon(SNAP)528

N.57 Belaga
1. Stanley Ajang Batok(BEBAS)1628
2. Liwan Lagang(BN)1855
3. John Bampa(SNAP)912

N.58 Jepak
1. Datuk Talib bin Zulpilip(BN)4997
2. Wan Saimi bin Wan Dahlan(DAP)1818

N.59 Kidurong
1. Paul Yong Khing Kee(BN)6853
2. Chiew Chiu Sing(DAP)8517

N.60 Kemena
1. John Brian Anthony anak Jeremy Guang(SNAP)3178
2. Stephen Rundi anak Utom(BN)4750

N.61 Bekenu
1. Rosey binti Yunus(BN)4357
2. Mohdak bin Ismail(PKR)1285

N.62 Lambir
1. Swin bin Jema’ah @Aidan Wing(BN)4331
2. Saji bin Samat(PKR)1497

N.63 Piasau
1. Ngu Hee Hieng(PKR)2655
2. George Chan Hong Nam(BN)6573

N.64 Pujut
1. Fong Pau Teck(DAP)5123
2. Chia Chu Fatt(BN)6493

N.65 Senadin
1. Chai Chook Fui(PKR)2374
2. Lee Kim Sin(BN)7173

N.66 Marudi
1. Sylvester Entri Anak Muran(BN)4954
2. Hwong Him Pang(BEBAS)117
3. Lajan @Telajan anak Luyoh(SNAP)670
4. Engkamat anak Jelani(BEBAS)656

N.67 Telang Usan
1. Kebing Wan (SNAP)1822
2. Lidam Janang(BEBAS)144
3. Lihan Jok (BN)4593

N.68 Bukit Kota
1. Abdul Rahman bin Ismail(BN)5501
2. Said bin Mohidin(BEBAS)2272
3. Ali bin Abdullah(BEBAS)32

N.69 Batu Danau
1. Christoper Sawan Anak Jiram(SNAP)1699
2. Palu@Paulus Palu Anak Gumbang(BN)2661

N.70 Ba’Kelalan
1. Baru Bian(SNAP)1589
2. Balang Rining(BN)2064

N.71 Bukit Sari
1. Tengah B. Ali Hassan(BN)5596
2. Japar bin Suyut(BEBAS)321
3. Mohamad bin Hj Brahim(PKR)98

Rabu, 1 Julai 2009

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA PRU 12 NEGERI SARAWAK 2008 - 8 mac 2008

Parlimen

P.192 MasGading
DR. PATAU (SNAP) 4,250
DATUK DR. TEKHEE @ TIKI ANAK LAFE (BN) 8,551
FAVIAN ANAK TISEN (BEBAS) 1,476
APIN ANAK BAENG (BEBAS) 306

P.193 Santubong
RAHAMAT IDIL (PKR) 3,855
DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (BN) 15,800

P.194 Petra Jaya
HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF (BN) 19,515
MOHAMAD BIN JOLHI (PKR) 5,118

P.195 Bandar Kuching
CHONG CHIENG JEN (DAP) 22,901
SIM YAW YEN (BN) 12,949

P.196 Stampin
SEE CHEE HOW (PKR) 2,198
YONG KHOON SENG (BN) 21,966
VOON LEE SHAN (DAP) 18,896

P.197 K. Samarahan
DATO SRI SULAIMAN ABDUL RAHMAN BIN ABDUL TAIB (BN) 15,559
HUSSAIN BIN ABANG APOK (PKR) 4,148
AWG BAKAR BIN AWG DAUD (BEBAS) 898

P.198 Mambong
MAJEN ANAK PANYOG (PKR) 7,525
DATO DR. JAMES DAWOS MAMIT (BN) 14,182

P.199 Serian
DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (BN) 15,793
SYLVESTER BELAYONG ANAK JAYANG (SNAP) 2,366

P.200 Batang Sadong
NANCY BINTI SHUKRI (BN) 8,188
PIEE BIN LING (PKR) 2,758

P.201 Batang Lupar
ABANG EDDY (PKR) 2,923
ROHANI BT. ABDUL KARIM (BN) 11,015
ALI BIN SEMSU (PAS) 250

P.202 Sri Aman
MASIR KUJAT (BN) 9,700
COBBOLD JOHN LUSOI (BEBAS) 5,448

P.203 Lubok Antu
ENCIK WILLIAM @ NYALLAU ANAK BADAK (BN) 6,769
NICHOLAS BAWIN ANAK ANGGAT (SNAP) 5,159

P.204 Betong
EDMUND STANLEY JUGOI (SNAP) 1,999
DATUK DOUGLAS UGGAH EMBAS (BN) 13,708

P.205 Saratok
USTAZ HAJI MOHD YAHYA BIN ABDULLAH (PKR) 3,764
JELAING ANAK MERSAT (BN) 12,470

P.206 Tanjong Manis
NORAH BINTI ABDUL RAHMAN (BN) MTB*

P.207 Igan
ABDUL WAHAB BIN HAJI DOLAH (BN) MTB*

P.208 Sarikei
LAU KIENG CHAI (BEBAS) 116
DING KUONG HIING (BN) 10,588
DR. WONG HUA SHE (DAP) 10,537
KUNG CHIN CHIN (BEBAS) 545
NGU TIENG HAI (BEBAS) 105

P.209 Julau
JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (BN) 10,351
LABANG ANAK JAMBA (PKR) 2,767

P.210 Kanowit
AGO ANAK DAGANG (BN) MTB*

P.211 Lanang
DAVID WONG KEE WOAN (DAP) 14,612
TIONG THAI KING (BN) 19,476

P.212 Sibu
WONG HO LENG (DAP) 15,903
ROBERT LAU HOI CHEW (BN) 19,138
LIM CHIN CHUANG (BEBAS) 812

P.213 Mukah
HAI BIN MERAWIN @ BONAVENTURE (PKR) 3,792
MUHAMMAD LEO MICHAEL TOYAD (BN) 10,090

P.214 Selangau
JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (BN) MTB*

P.215 Kapit
ALEXANDER NANTA LINGGI (BN) MTB*

P.216 Hulu Rajang
GEORGE LAGONG (BEBAS) 4,426
BILLY ABIT JOO (BN) 6,590

P.217 Bintulu
LIM SU KIEN (DAP) 8,663
TIONG KING SING (BN) 23,628

P.218 Sibuti
AHMAD LAI BIN BUJANG (BN) 8,238
DR. MICHEAL TEO YU KENG (PKR) 4,590

P.219 Miri
FONG PAU TECK (DAP) 14,138
PETER CHIN FAH KUI (BN) 19,354

P.220 Baram
KEBING WAN (BEBAS) 3,952
DATO JACOB DUNGAU SAGAN (BN) 7,996

P.221 Limbang
DR LAU LIAK KOI (PKR) 5,751
HASBI BIN HABIBOLLAH (BN) 6,427

P.222 Lawas
HENRY SUM AGONG (BN) 8,526
HJ. JAPAR BIN HJ. SUYUT (PKR) 734

MTB - menang tanpa bertanding

Ahad, 28 Jun 2009

CALON-CALON YANG AKAN BERTANDING DI N.41 MANEK URAI



Pecahan kaum pengundi di Kawasan DUN N.41 Manek Urai

Tuan Aziz Tuan Mat 39 tahun Ketua Pemuda Umno Kuala Krai dari BN dan Mohd Fauzi Abdullah 50 tahun merupakan bendahari bahagian PAS Manek Urai, mereka merupkan senarai calon yang dibariskan oleh parti masing-masing untuk penamaan calon di dun N.41 Manek Urai dan pertindangan di jangka satu lawan satu.
Setelah penamaan calon tamat pada 10.00 pagi 6 july 2009 hanya dua orang saja yang bertanding di Kawasan DUN -N.41 Manek Urai seperti yang dijangkakan pertandingan satu lawan satu antara UMNO dan PAS.

Khamis, 11 Jun 2009

PETA KAWASAN PILIHAN RAYA DUN SARAWAK



Negeri Sarawak mempunyai 31 Kawasan Parlimen dan 71 Kawasan
Undangan Negeri dan Luas Kawasannya 124,449 KM Persegi.


KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL N.29 BATANG AIR


Calon BN telah menang Pilihan Raya Kecil N.29 Batang Air dengan majoriti 1,854 undi.
Keputusan penuh Pilihan Raya Kecil N.29 Batang Air,
1. Jawah anak Gerang mendapat - 2,053 undi
2. Malcom Mussen anak Lamoh mendapat - 3,907 undi
Undi ditolak - 59 undi
Peratusan pengundian 75.32%

Rabu, 10 Jun 2009

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL N.08 IJOK

Parthiban mendapat 5,884 undi (BN)
Abdul Khalid Ibrahim mendapat 4,034 undi (PKR)
Peratusan Pengundian 81.9%
Majoriti 1,850
Berlangsung pada 28 april 2007
Hari penamaan calon 19 april 2007

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL N.25 BUKIT SELAMBAU


15 calon bertanding di N.25 Bukit Selambau:


Pemenang: S Manikumar (PKR)

Majoriti: 2,403
Undi Rosak: 415
Peratus Mengundi: 70.28%

R Loganathan, 43 Bebas - 31 undi
Tan Hock Huat, 52 Bebas - 78 undi
Mohd Radzi Mat Lazim, 54 Bebas - 25 undi
S Manikumar, 35 PKR - 12,632 undi
Mohd Fadzil Wahab, 38 Bebas - 83 undi
Abdul Rahim Abu, 48 Bebas - 60 undi
L Sarala, 33 Bebas - 49 undi
Datuk S Ganesan, 49 BN - 10,229 undi
A Jayagopal, 57 Bebas - 35 undi
S Moganakumar, 43 Bebas - 46 undi
Khamis Awang, 32 Bebas -29 undi
Husaini Yaacob, 44 Bebas - 257 undi
Vaneson Michael, 34 Bebas - 32 undi
Mejar (B) Anuar Abd Hamid, 58 Bebas - 528 undi
T Chandrarajan, 40 Bebas - 73 undi

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL P.036 KUALA TERENGGANU


Calon Pakatan Rakyat dari PAS, Hj Mohd Abdul Wahid Endut telah memenangi kerusi parlimen P.036 Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil disini hari ini, dengan majoriti yang lebih besar.


Keputusan rasmi kemenangan Pakatan Rakyat itu diumumkan jam 9.30 malam tadi yang mengisytiharkan Mohd Abdul Wahid,52, memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendapat 30,252 undi.


Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan mengumumkan kemenangan Wahid dengan majoriti 2,631 undi di Stadium Negeri.

Selasa, 9 Jun 2009

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL P.44 PERMATANG PAUH


Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi
Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81%
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL P.59 BUKIT SEGANTANG

Datuk Seri Mohammad Nizar memperolehi 21, 860 undi (PKR-PAS)
Ismail Saffian memperolehi 19, 071 undi (BN)
Kamarul Ramizu Idris, hanya mendapat 62 undi (BEBAS)
Majoriti 2,789 undi
75.1% yang turun mengundi
Undi Rosak 456 undi

Rabu, 3 Jun 2009

Selasa, 2 Jun 2009

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PENANTI 31 MEI 2009

Calon PKR menang dengan majoriti 5,558 dan disiarkan keputusan seperti di bawah,


Mansor Othman PRK mendapat 6,052 undi

Aminah Abdullah Bebas mendapat 392 undi

Khan Ari Bebas mendapat 494 undi dan

Kamarul Ramizu Idris Bebas mendapat 56 undi


Jumlah Peratusan mengundi pada pilihan raya kecil ini sebanyak 46.15%

dan ketiga-tiga calon bebas hilang wang pertaruhan.

Khamis, 28 Mei 2009

PILIHAN RAYA KECIL MANEK URAI DI KELANTAN

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai - memberikan lapan hari tempoh berkempen.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi di kerusi tersebut, bawah parlimen Kuala Krai.

Pilihanraya itu dipanggil akibat kekosongan susulan kematian penyandangnya Ismail Yaakub pada 22 Mei lalu.

Daftar pemilih yang akan digunakan termasuk daftar pemilih tambahan yang dikemaskini sehingga Jumaat lepas.

Penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai. Sembilan sekolah akan dijadikan pusat mengundi dengan seramai 350 petugas mengendalikan pilihanraya kecil itu.