Selasa, 20 April 2010

Sibu: 16 Mei undi, 8 Mei penamaan calon

Sibu: 16 Mei undi, 8 Mei penamaan calon
Apr 16, 1012:07pm

Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Sibu ditetapkan pada Ahad, 16 Mei ini.
Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (berbaju Melayu jingga), penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 8 Mei.Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat hampir tiga jam di pejabat SPR di Shah Alam.Proses penamaan calon dan penjumlahan undi rasmi bagi pilihan raya kecil itu akan dilaksanakan di Dewan Suarah, Sibu, katanya pada sidang media hari ini.Pilihan raya kecil itu perlu diadakan mengikut Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan berikutan kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April lalu.Aziz berkata SPR telah pun menerima surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat beserta sijil kematian Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 12 April lalu dan SPR memastikan kekosongan kerusi Parlimen Sibu pada 10 April."Mengikut perlembagaan, pilihan raya kecil perlu diadakan 60 hari selepas tarikh kekosongan kerusi itu dipastikan," katanya.
Pada majlis ini, Aziz juga menyampaikan watikah pelantikan sebagai pegawai pengurus pilihan raya kecil Parlimen Sibu kepada Pegawai Daerah Sibu, Wong See Meng (kiri).Beliau berkata Wong mempunyai pengalaman dalam mengendalikan beberapa pilihan raya umum di Sibu dan akan dibantu oleh empat penolong pegawai pengurus daripada beberapa jabatan kerajaan negeri di Sarawak.Aziz berkata bagi pilihan raya kecil ini, SPR akan menggunakan daftar pemilih induk 2009 yang dikemaskini sehingga 9 April tahun ini.Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 52,158 pemilih biasa dan 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis.
Proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di Pejabat Daerah Sibu.
Kerusi parlimen Sibu kosong berikutan kematian ahli parlimennya yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hui Choi, minggu lalu.Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.Dia mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News.

Snap secara rasmi sertai Pakatan Rakyat

Snap secara rasmi sertai Pakatan Rakyat
Apr 20, 10 2:11pm

Parti Nasional Sarawak (Snap) secara rasmi menjadi anggota keempat Pakatan Rakyat, - menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 April ini.
Mengumumkan kemasukan Snap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan.Pengumuman calon Pakatan itu akan dibuat pada 27 April.Snap adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota parti pemerintah Barisan Nasional sebelum menjadi parti pembangkang.Mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di dewan undangan negeri Sarawak.Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama berkenaan.Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara Snap, DAP dan PKR - satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN.

SUPP Sibu cadangkan Robert Lau Hui Yew

SUPP Sibu cadangkan Robert Lau Hui Yew
Apr 12, 10 5:20pm

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Sibu mencadangkan seorang peguam berusia 45 tahun, Robert Lau Hui Yew, sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu.
Pengerusinya, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, nama yang dicadangkan itu telah pun dikemukakan kepada presiden parti, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, untuk mendapatkan persetujuannya."Saya percaya Dr Chan akan mengumumkannya tidak lama lagi,” katanya pada sidang akhbar di Sibu hari ini.Wong yang juga Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Negeri berkata, cawangan itu telah pun membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil itu berikutan kematian penyandangnya selama lima penggal yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew, Jumaat lalu di Kuala Lumpur.Sementara itu, Hui Yew, ketika ditanya sama ada beliau sedia untuk bertanding dalam pilihan raya itu jika diberi peluang, berkata: “Pada suatu ketika dalam hidup kita, jika keputusan telah dibuat, kita mungkin perlu menerimanya. Bagaimanapun lebih baik kita tunggu parti buat keputusan.”- Bernama

SPR perjelas pemindahan pengundi Kpg Tanjung

SPR perjelas pemindahan pengundi Kpg Tanjung
Apr 19, 104:41pm

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan tuduhan bahawa suruhanjaya itu menjadi 'dalang dalam konspirasi' untuk memenangkan BN dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah dan dakwaan palsu.Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pengarah strategik PKR Tian Chua bahawa atas SPR telah memindahkan satu lokaliti mengundi dalam kawasan parlimen Hulu Selangor ke dalam kawasan Rawang.Mengulas dakwaan itu, Wan Ahmad berkata, SPR bertindak demikian setelah menyedari bahawa lokaliti 228 pengundi Kampung Tanjung di Sungai Choh itu sepatutnya diletakkan di kawasan parlimen Selayang.
Ini bermakna mereka tidak boleh mengundi dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April depan.
"Apabila kita semak menggunakan pemetaan geografi berkomputer, barulah kita sedar bahawa daerah mengundi sebenarnya bukan di Hulu Selangor tetapi di Selayang," katanya dalam satu sidang media di pejabat tanah daerah Hulu Selangor hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak dapat menjelaskan dengan tepat bilakah SPR menyedari kesilapan kedudukan lokaliti tersebut.Wan Ahmad berkata proses mengemaskini kawasan mengundi itu telah berjalan selepas pilihan raya umum ke-11.Tambahnya, pemindahan lokaliti melibatkan seramai 228 pengundi itu, bukanlah dibuat semata-mata bagi menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor.Tegasnya, SPR berkuasa untuk menyemak kawasan mengundi seperti diperuntukkan dalam Seksyen 25 Peraturan Pendaftaran Pemilih 2002.Wan Ahmad juga berkata jumlah pemilih seramai 63,593 orang bagi pilihan raya kecil ini, juga tidak terjejas dengan pemindahan lokaliti berkenaan kerana SPR menggunakan daftar pemilih yang dikemaskini sehingga kerusi dewan rakyat itu diisytiharkan kosong sebelum ini.

Hulu S'gor: BN lwn PKR, 2 calon Bebas tarik diri

Hulu S'gor: BN lwn PKR, 2 calon Bebas tarik diri
Apr 19, 10 10:41pm

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor Ahad ini akan menyaksikan perebutan satu lawan satu antara calon BN dan PKR selepas dua calon Bebas menarik diri hari ini.Siang tadi, V S Chandran mengumumkan diri, diikuti oleh seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah.Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengesahkan Johan Mohd Diah telah menarik diri.Berikutan itu, calon BN, P Kamalanathan akan berdepan dengan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim Ahad ini.
Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad bulan lalu.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Johan menandatangani borang menarik diri di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, kira-kira pukul jam 9.05 malam ini.Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Lewat petang tadi Johan, yang juga AJK Pemuda Umno Bahagian Shah Alam, mengadakan sidang media di Felda Sungai Tengi, Hulu Bernam, antara lain mengenai persediaannya menghadapi pilihan raya.Wan Ahmad Wan Omar berkata calon yang berhasrat menarik diri daripada bertanding perlu berbuat demikian selewat-lewatnya 12 tengah malam ini

Khamis, 15 April 2010

Mafrel nafi ia alat pembangkang

Mafrel nafi ia alat pembangkang
Nigel AwApr 6, 106:25pm

Badan pemantau pilihan raya, Malaysian for Free and Fair Election (Mafrel) menafikan dakwaan timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar yang melabelkan NGO itu sebagai alat pembangkang kerana didakwa tidak bersikap bebas dalam menyatakan pandangannya.
Ia berikutan laporan dalam Sinar Harian di mana Mafrel mendakwa Barisan Nasional melanggar undang-undang pilihan raya.Presiden Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh berkata ulasannya merujuk kepada BN kerana seorang wartawan secara khusus menyoalnya berhubung lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, empat hari lalu."Seorang wartawan meminta saya mengulas kenyataan timbalan perdana menteri yang menjanjikan empat sekolah baru ketika melawat Hulu Selangor,” katanya.Menurut Syed Ibrahim pengedaran kebajikan yang dijanjikan itu mungkin dapat diterima sebagai sebahagian daripada tugas wakil rakyat tetapi mengkiaskan siapa yang patut diundi sebelum tempoh berkempen adalah salah.“Pemerhatian kami adalah berdasarkan kenyataan yang dibuat kepada media oleh kedua-dua pihak. Meskipun kedua-dua pihak ada menawarkan bantuan kebajikan, namun BN membuat kiasan yang rakyat seharusnya mengundi mereka,” katanya.
Muhyiddin pada 2 April lalu mengumumkan bahawa Hulu Selangor akan mendapat empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit.Belaiu juga dilaporkan berkata kementerian pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.Sehari kemudian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun.Projek bernilai RM32 juta ringgit ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.

Noh: Mafrel tak layak lagi pantau pilihan raya

Noh: Mafrel tak layak lagi pantau pilihan raya
Salhan K AhmadApr 5, 105:11pm

Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar melabelkan badan pemantau pilihan raya, Mafrel, sebagai alat pembangkang kerana didakwanya tidak bersikap bebas dalam menyatakan pandangannya.Noh menyatakan demikian dengan merujuk satu kenyataan pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh hari ini yang menyelar tindakan kerajaan pusat meluluskan projek perumahan dan sekolah kepada penduduk di Hulu Selangor.Syed Ibrahim dipetik akhbar Sinar Harian hari ini sebagai berkata, tindakan tersebut menyalahi peraturan pilihan raya.N
oh (kanan) berkata, kenyataan seperti itu menunjukkan Syed Ibrahim tidak memahami peraturan dan juga pihak berkuasa terlibat dalam pengurusan pilihan raya."Dulu, Mafrel dilantik SPR sebagai badan pemantau bebas. "Kalau betul-betul bebas, kenapa tidak pertikai sumbangan daripada kerajaan negeri (Selangor) juga?," soalnya."Kalau betul-betul bebas, kena tegur dua-dua. Mengapa ditekankan kepada kerajaan persekutuan sahaja. "Dia kata badan bebas, memantau pilihanraya. Tapi laporannya dihantar ke mana? Adakah hantar kepada SPR?" soalnya.Katanya lagi, SPR perlu melantik badan yang benar-benar bebas tanpa mempunyai kecenderungan politik seperti Mafrel."Kalau nak lantik, lantiklah badan lain yang tidak ada kecenderungan politik... Bukannya badan yang berat sebelah, yang tidak faham peranan mereka, yang tidak faham tanggungjawab SPR, polis, PBT dan dia hanya buat kenyataan hanya bagi pihak dan suara pembangkang supaya rakyat marah dengan kerajaan persekutuan."Mafrel sudah tidak layak jadi badan bebas untuk pantau mana -mana pilihan raya. Saya minta SPR kaji semula kedudukan Mafrel sebagai pemantau.Noh ketika ditanya bagaimanapun enggan mengulas sama ada tindakan BN mengumumkan bantuan di Hulu Selangor itu dianggap sebagai melanggar peraturan pilihan raya."Dia kata sebab PM turun, umum beberapa bantuan diberikan jadi itu dikatakan melanggar peraturan. "Yang peliknya dalam hari yang sama menteri besar Selangor pun membuat kenyataan yang sama memberi geran-geran tanah walaupun geran tanah itu BN yang selesaikan, dia beri geran saja. Boleh pula," katanya.Sebaliknya, beliau berkata soalan itu sepatutnya dijawab oleh Mafrel sendiri."Sebab itu saya hendak tanya dia, apa yang BN buat ini melanggar peraturan atau tidak," katanya.

SPR umum tarikh pilian raya kecil Sibu pagi esok

SPR umum tarikh pilian raya kecil Sibu pagi esok
Apr 15, 10 2:56pm

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengumumkan tarikh pilihan raya kecil parlimen Sibu, Sarawak selepas bermesyuarat di Shah Alam, esok.
Seperti lazimnya, SPR akan bermesyuarat di ibu pejabatnya di Shah Alam bermula jam 9 pagi dengan dipengerusikan oleh ketuanya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.Mesyuarat itu bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian.Pilihan raya kecil berkenaan perlu diadakan selewat-lewatnya 8 Jun ini berikutan SPR perlu mengadakannya dalam tempoh 60 hari selepas kematian penyandang kerusi terbabitKerusi parlimen Sibu kosong berikutan kematian ahli parlimennya yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hui Choi, minggu lalu.
Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.Dia mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News.

SPR dijangka bermesyuarat 16 April

SPR dijangka bermesyuarat 16 April
Apr 9, 10 3:15pm

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan menerima notis rasmi memaklumkan kematian Ahli Parlimen Sibu, Datuk Robert Lau Hoi Chew Isnin depan.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR pada dasarnya mempunyai tempoh 10 hari untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh pilihan raya kecil sebaik sahaja berlaku kekosongan kerusi.Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di Putrajaya hari ini, Abdul Aziz berkata SPR masih menunggu notis pemakluman rasmi dari Speaker Dewan Rakyat berhubung perkara itu."Saya menjangkakan notis itu akan dihantar pada Isnin depan, jadi selepas itu SPR boleh bermesyuarat untuk menetapkan tarikh bagi penamaan calon dan seterusnya mengumumkan tarikh pilihan raya kecil bagi kawasan berkenaan," katanya.Abdul Aziz menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai kematian Robert Lau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan hari ini.Rob
ert Lau, 68, meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur pagi ini selepas sekian lama bertarung dengan penyakit barah yang dihidapinya.Abdul Aziz berkata tarikh esok dikira sebagai hari pertama selepas kematian mendiang, justeru SPR mempunyai sehingga pertengahan bulan ini untuk membuat pengumuman rasmi."SPR perlu menerima notis secara rasmi sebelum boleh mengadakan sebarang mesyuarat berkaitan perkara ini," katanya.
- Bernama

Zaid Ibrahim calon Pakatan Rakyat di Hulu S'gor

Zaid Ibrahim calon Pakatan Rakyat di Hulu S'gor
Kuek Ser Kuang KengApr 13, 1011:36am

Datuk Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.Pemilihan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu diumumkan sebentar tadi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di satu majlis perjumpaan rakyat di Serendah, Hulu Selangor.Terdahulu, menurut
sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah Anwar pagi ini.“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi kepada wartawan Malaysiakini di luar rumah ketua pembangkang di Segambut, Kuala Lumpur.
Sumber itu berkata PKR menamakan Zaid kerana beliau dilihat sebagai calon berwibawa yang mampu mempertahankan kerusi Hulu Selangor itu.
Zaid adalah bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR.Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini.
Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak.Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon Barisan Nasional Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu yang akan diadakan 25 April ini.BN dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April, iaitu dua hari sebelum penamaan calon, dan desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu.

MP Sibu meninggal dunia

MP Sibu meninggal dunia
Apr 9, 10 12:15pm

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.
Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.
Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.
Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.
Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).
Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.
Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News.
Sementara itu, Bernama memetik setiausaha sulitnya, Peter Hu sebagai berkata, Lau meninggal dunia pada jam 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu.

PKR umum calon esok, BN letak anak tempatan

PKR umum calon esok, BN letak anak tempatan
Apr 12, 10 12:06pm

Esok, teka-teki mengenai siapakah calon PKR bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor akan terjawab.
Pengumuman calon PKR itu akan dibuat dalam majlis yang akan berlangsung di pusat komuniti Serendah jam 8.30 malam esok.Tarikh pengumuman tersebut turut dimuatkan dalam blog ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Selain Anwar, majlis tersebut akan turut dihadiri presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.Turut dijadualkan hadir ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, naib presiden PKR Azmin Ali, setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution dan ahli parlimem Bukit Gantang dari PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.Sebelum ini beberapa nama disebut-sebut layak dipilih untuk mewakili PKR bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
Bagaimanapun, penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim (kanan), besar kemungkinan dijangka terpilih.Seorang lagi nama yang disebut ialah pakar bedah saraf, Dr Halili Rahmat.Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad baru-baru ini akibat barah otak.Manakala BN pula akan mengumumkan calonnya pada hari Khamis ini.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 17 April dan pengundian pada 25 April.
Sementara itu, ketika majlis penyerahan geran permulaan prasekolah swasta di Tadika Wawasan Gemilang, di Bandar Sungai Buaya, Rawang, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional akan mengemukakan seorang anak tempatan di kawasan itu.

Hulu S'gor: P Kamalanathan disahkan calon BN

Hulu S'gor: P Kamalanathan disahkan calon BN
Apr 15, 10 12:58pm

MIC
dilaporkan bersetuju supaya ketua penerangannya, P Kamalanathan diletakkan sebagai sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi parlimen Hulu Selangor.
Sebelum ini, Barisan Nasional dilaporkan menghadapi jalan buntu mencari calon yang sesuai.
Ini kerana MIC mahu timbalan presidennya, Datuk G Palnivel diletakkan sebagai calon tetapi permintaan itu ditolak oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku timbalan pengerusi BN.
Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.
Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.
Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya.
Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.
Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia akan mempunyai kelebihan.
Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.
Jawatan senator, timbalan menteri
Mesyuarat itu juga mengambil keputusan untuk memecat timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu.
Sebagai kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan.
Kamalanathan, adalah ketua perhubungan awam Beras Jati Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncitan beras.
Beliau dipertanggungjawabkan oleh pemimpin MIC untuk menjenamakan semula parti itu selepas pilihan raya umum 2008 yang keputusannya memalukan mereka
Kamalanathan juga adalah seorang blogger, yang seringkali dijemput menghadiri rancangan ehwal semasa dan juga pensyarah sambilan di sebuah kolej swasta.
Meskipun bukan anak tempatan Hulu Selangor, Kamalanathan menetap di Rawang, sebuah pekan yang tidak jauh dari kawasan pilihan raya itu.

Hulu S'gor: Seorang lagi calon bebas tawar diri

Hulu S'gor: Seorang lagi calon bebas tawar diri
Apr 15, 10 11:56am

Seorang ahli perniagaan Johan Mohd Diah, 31, menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.Beliau merupakan calon kedua menawarkan diri selepas bekas timbalan pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor VS Chandran mengumumkan bertanding.
"Saya anak jati Felda dan pengundi di sini. Saya sudah mengambil borang bertanding calon bebas atas permintaan umum untuk membela nasib 1,000 orang peneroka di Felda Sungai Tenggi dan gugusan Felda Hulu Selangor yang ada 6,000 pengundi."Ramai orang berkaliber di sini...jadi kenapa nak undi calon dari luar seperti calon PKR dari Kelantan," katanya yang berasal dari Felda Sungai Tenggi dan mewakili kira-kira 20,000 pengundi muda di Hulu Selangor. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zainal Abidin Ahmad, pada 25 Mac akibat barah otak.Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim telah dipilih sebagai calon PKR manakala Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan calonnya, hari ini.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan calon BN untuk pilihan raya kecil itu pada jam 4 petang ini.Hari penamaan calon adalah Sabtu ini.- Bernama

Larangan bina pondok panas parti politik

Larangan bina pondok panas parti politik
Apr 15, 10 6:36pm

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi menegaskan, parti-parti politik dilarang mengadakan pondok panas untuk memancing undi, yang didirikan di luar semua pusat pengundian pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (kanan, berkot) berkata, pondok panas itu sepatutnya tidak perlu diadakan memandangkan SPR sendiri menyediakan barung untuk kemudahan pengundi menyemak nombor siri, pusat dan saluran mengundi di kawasan 50 meter daripada pusat mengundi yang ditetapkan."Kami sediakan barung untuk membantu pengundi membuat semakan dan kakitangan untuk menunjukkan saluran.“Jadi, semasa hari pengundian kita tidak membenarkan pondok panas didirikan dan saya harap semua calon politik memberikan kerjasama dari mengelakkan perkara ini berlaku,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.Wan Ahmad berkata, SPR sebelum ini telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan pondok panas didirikan di kawasan 50 meter dari pusat mengundi kerana ia sering dijadikan tempat parti politik berkempen pada hari pengundian.Katanya, berkempen pada hari berkenaan memang menjadi satu kesalahan menurut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. - Bernama

Hulu S'gor: 25 April undi, 17 April penamaan calon

Hulu S'gor: 25 April undi, 17 April penamaan calon
Jimadie Shah OthmanApr 2, 1012:02pm

Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ditetapkan pada Ahad, 25 April.
Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 17 April.
Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat selama dua jam di pejabatnya di Putrajaya.
Katanya, SPR menerima pemakluman kekosongan kerusi Hulu Selangor pada 29 Mac oleh speaker Dewan Rakyat.
Writ pilihan raya akan dikeluarkan hari ini - 2 April dan notisnya pula akan dikeluarkan tiga hari selepas itu.
SPR juga mengumumkan pelatinkan pegawai daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan sebagai pegawai pengurus pilihan raya dan tujuh orang pembantunya.
Abdul Aziz berkata, Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan telah mensyaratkan supaya kekosongan kerusi yang berlaku perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.
Katanya, Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi sementara pusat mengundi akan melibatkan 46 buah sekolah dan sebuah dewan orang ramai dengan 146 saluran mengundi.
Kawasan pilihan raya parlimen Hulu Selangor itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.
Katanya 32,380 pengundi terdiri daripada pengundi lelaki manakala 32,120 adalah wanita.
Daripada jumlah tersebut, Abdul Aziz berkata kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.
Mengenai undi pos, beliau berkata ia mungkin diadakan dua hari sebelum hari mengundi dan proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dilakukan di Pejabat Daerah Hulu Selangor.
Beliau juga berkata SPR akan menubuhkan enam pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) mengikut Seksyen 27B AKta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen dari hari penamaan calon sehingga tamat hari pengundian.
Kerusi Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat barah otak.
Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.
Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.Sejak kematian bekas timbalan menteri besar Selangor itu, Umno berusaha keras untuk melobi kerusi itu yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC

MP HULU SELAANGOR MENINGGAL DUNIA

MP Hulu Selangor meninggal dunia
Mac 25, 10 9:40pm

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.
Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.
Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.
Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.
Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.
Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.
Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.
Asal sebagai cikgu
Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.
Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.
Kerusi jadi rebutan
Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.
Mengikut
peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC.

Selasa, 13 April 2010

4.39 juta belum daftar pemilih: SPR

4.39 juta belum daftar pemilih: SPR
Jan 18, 10 2:27pm

Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000)."Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut nisbah penduduk juga kaum bumiputera adalah kaum yang paling ramai."Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan bumiputera yang mendaftar," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang.Sehubungan itu, Wan Ahmad meminta kerjasama daripada NGO, persatuan-persatuan belia serta mana-mana pihak yang ingin membuat perjumpaan atau apa jua acara melibatkan penyertaan yang ramai seperti karnival atau pesta agar turut memaklumkan kepada pejabat-pejabat pilihan raya negeri.Dengan itu, katanya, pejabat pilihan raya negeri dapat membuka kaunter pendaftaran pemilih, sebagai satu kemudahan mendaftar kepada mereka yang menghadiri majlis tersebut."Mereka boleh telefon sahaja untuk beritahu tentang perjumpaan itu, dan SPR sangat berbesar hati untuk membuka kaunter di sana," katanya.Beliau berkata SPR juga akan melipatgandakan usaha pendaftaran pemilih melalui pembukaan kaunter di pusat membeli-belah, hari pelanggan di pejabat-pejabat kerajaan dan pesta-pesta tertentu, sebagai pilihan kepada orang ramai selain mendaftar di 700 pejabat pos di seluruh negara.Selain itu, katanya, SPR juga sering turun padang ke kawasan-kawasan pedalaman, selain melantik penolong pendaftar sementara di kalangan parti-parti politik untuk mendaftarkan mereka yang layak ini.SPR juga akan meminta kerjasama media elektronik seperti radio dan televisyen untuk menimbulkan kesedaran terhadap golongan yang belum berdaftar itu agar segera mendaftar, katanya.Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata ia semua tertakluk kepada sikap individu itu sendiri, kerana kajian oleh SPR sebelum ini mendapati sikap suka menunggu hingga ke saat akhir adalah punca utama mengapa mereka belum berdaftar walaupun telah layak untuk berbuat demikian."Setiap kali pilihan raya umum diadakan, SPR menerima lebih satu juta borang pendaftaran baru, jadi bayangkan dalam tempoh satu atau dua bulan borang itu perlu disahkan."Bila tak sempat didaftar dan mereka tidak boleh mengundi mereka salahkan SPR, padahal mereka boleh mendaftar pada bila-bila masa sepanjang tahun."Rakyat perlu sedar bahawa pilihan raya negara kita mengamalkan sistem majoriti mudah, kalau menang satu undi pun dikira menang, jadi rakyat perlu tahu tanggungjawab mengundi merupakan tanggungjawab besar dalam menentukan masa depan negara dan kita sebagai rakyatnya, bukan hanya bersemangat bercakap tentang masa depan negara sahaja tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih," katanya.- Bernama

Isnin, 1 Mac 2010

SPR sasar daftar 470 ribu pemilih baru di Sarawak

SPR sasar daftar 470 ribu pemilih baru di Sarawak
Feb 19, 10 2:33pm

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mendapatkan bantuan daripada pegawai-pegawai agensi berkaitan bagi membantu gerakan pendaftaran seramai 470,000 pemilih baru yang telah mencapai umur 21 tahun di Sarawak, kata Pengarah SPR negeri Datuk Takun Sunggah hari ini.

Beliau berkata pegawai-pegawai kerajaan termasuk daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Jabatan Pembangunan Masyarakat (Kemas) dan polis akan dibayar RM1 bagi setiap borang pendaftaran sebagai insentif bagi mendapatkan lebih ramai mendaftar sebagai pemilih.

"Pada masa ini, Sarawak mempunyai 924,000 pemilih berdaftar, dan merupakan negeri keempat tertinggi yang mempunyai bilangan pemilih tidak berdaftar," katanya.

Sebagai sebahagian daripada gerakan pendaftaran itu, beliau berkata SPR berhasrat meningkatkan jumlah pemilih berdaftar di kalangan penjawat awam dengan memohon kerjasama jabatan dan agensi persekutuan di Sarawak mengenal pasti petugas yang layak mendaftar sebagai pemilih.

Setakat ini, SPR mendaftarkan seramai 309 pemilih baru hasil maklum balas 73 daripada 122 jumlah keseluruhan jabatan dan agensi kerajaan, katanya.

- Bernama

Rabu, 3 Februari 2010

PROGRAM OUT REACH - 2009

PROGRAM OUT REACH 2009

JUN
05 jun 2009 - Pasaraya Permyjaya, Tudan Miri 06 jun 2009 - Pasar Tamu Miri 07 jun 2009 - Pasar Tamu Miri 08 jun 2009 - Wisma Persekutuan Jln Kipas Miri 08 jun 2009 - Pasaraya Boulevard Miri 09 jun 2009 - Jbt Pengangkutan Jln Miri 09 jun 2009 - Imperial Mall Jln Pos Miri 06 jun 2009 - Kg Tembawang Sauh Bau 06 jun 2009 - Kg Tembawang Islam Bau 06 jun 2009 - Kg Jugan Bau 06 jun 2009 - Kg Bawang Jln Puncak Borneo 06 jun 2009 - Kg Git Jln Puncak Borneo 07 jun 2009 - Kg Nyiru Jln Puncak Borneo 07 jun 2009 - Pasar Tani Matang Jaya Kch. 07 jun 2009 - PPR Tmn Dahlia Batu5 Matang 13 jun 2009 - Kg Telaga Air Matang 13 jun 2009 - Kg Selang 14 jun 2009 - Kg Buntal Kuching 14 jun 2009 - Kg Pasir Pandak Kuching 14 jun 2009 - Pasar Sejingkat(Kolej Komuniti) 14 jun 2009 - Kg Sejingkat (Rumah WI) 16 jun 2009 - Jbt Pangkutan Jalan Kuching 20 jun 2009 - Wisma Saberkas 21 jun 2009 - Hock Lee Shopping Centre 25 jun 2009 - Skrang - Tisak/Kubal Atas/ Lipat Lidong/Baloi 26 jun 2009 - Semanju - San Semanju/ Titok ili/Titok Ulu/ Semanju Gelong/Sg Nibong 27 jun 2009 - Market Majlis Daerah Engkilili/ Batu Angus/Meriu/Ng Lemanak 28 jun 2009 - Skim Skrang/Plasok/ Kg Stungkor Lundu/ Pentik/Tanjung/ Kg Selampit Lundu

JULY
4 July 2009 Kg Tabuan Tengah Kuching 4 July 2009 Kg Naie K. Samarahan 4 July 2009 Kg Maranek K.Samarahan 5 July 2009 RPR Fasa 11 Bandar Baru PJ 9 July 2009 Sarawak Plaza 9 July 2009 Hospital Bahagian Sibu 10 July 2009 Sibu Town Square 10 July 2009 Sarawak Plaza 10 July 2009 Hospital Bahagian Sibu 10 July 2009 Sibu Town Square 11 July 2009 Central Market Sibu 11 July 2009 Wharf Express Sibu 11 July 2009 Sibu Town Square 11 July 2009 Institut Perguruan T.Razak K.S 11 July 2009 Riverside Crowne Plaza 11 July 2009 Electra House 12 July 2009 Central Market Sibu 12 July 2009 Wharf Express Sibu 12 July 2009 Riverside Crowne Plaza 12 July 2009 Electra House 16 July 2009 Sarawak Plaza 17 July 2009 Sarawak Plaza 18 July 2009 Market Majlis Daerah Song 18 July 2009 Riverside Crowne Plaza 18 July 2009 Electra House 19 July 2009 Market Majlis Daerah Song 19 July 2009 Riverside Crowne Plaza 19 July 2009 Electra House 20 July 2009 Komplek Pej Daerah Kapit 23 July 2009 Rh Letan/Rh Ribut/Rh Rani Kanowit 24 July 2009 Pantu Mali/Penyulau/Ng Machan/Rh Bundan/Rh Cr Nanggai 25 July 2009 Pasar Tamu Kanowit 26 July 2009 Pasar Kanowit 26 July 2009 Pasar Tamu Kanowit 26 July 2009 Rn Indin/Rh Aum/Rh Megong 27 July 2009 Rh Intan/Rh Muyan/Rh Jarraw/Rh Jeti 28 July 2009 Rh Jelan/Rh Leonh/Rh Lat Ng Dap 30 July 2009 Sarawak Plaza 31 July 2009 Sarawak Plaza

OGOS
01.8.2009 Kpg Gersik Kuching 01.8.2009 Kpg Sourbaya Ulu 04.8.2009 SPA Tingkat 10 BSI 05.8.2009 SPA Tingkat 10 BSI 08.8.2009 Spring Mall Kuching 09.8.2009 Spring Mall Kuching 13.8.2009 Rh Benjamin Angki 13.8.2009 Rh Udam Ng Lipus 13.8.2009 Rh Benar Ng Lipus 14.8.2009 Rh Jampong Ng Jerangku 14.8.2009 Rh Bundan Bunut 14.8.2009 Rh Rani Sg Rani 14.8.2009 Rh Jelani Lesseh 15.8.2009 Rh Deru Sg Ranan 15.8.2009 Rh Melaka Ng Semayam 15.8.2009 Rh Sampai Ng Maong 15.8.2009 Rh Jugah Sg Maong 15.8.2009 Electra House 15.8.2009 Pasar Tamu Kanowit 16.8.2009 Spring Mall Kuching 16.8.2009 Hock Lee Centre 16.8.2009 Rh Ngap Sg Ranan 16.8.2009 Rh Kudi Sg Ranan 16.8.2009 Rh Jali Sg Maong 16.8.2009 Rh Nok Sg Maong 16.8.2009 Rh Kamarow Sg Sepoh 17.8.2009 Rh Letan Sg Tuah 17.8.2009 Rh Vincent Sg Bawan 17.8.2009 Rh Pius Sg Tuah 17.8.2009 Rh Unggum Sg Jih 18.8.2009 Rh Maja Ng Tada 18.8.2009 Rh Nibong Ng Tada 18.8.2009 Ng Tada 18.8.2009 Rh Labong Ng Tada 18.8.2009 Rh Kana Ng Tada 18.8.2009 Rh Abo Ng Tada 18.8.2009 Rh Meruan Ng Tada 22.8.2009 Hock Lee Centre 23.8.2009 Spring Mall 23.8.2009 Electra House 29.8.2009 Electra House 30.8.2009 Spring Mall 30.8.2009 Hock Lee Centre

SEPTEMBER
05.09.2009 Kg Quop Samarahan 05.09.2009 Pasaraya Spring 05.09.2009 Hock Lee 06.09.2009 Electra House 06.09.2009 Spring 06.09.2009 Hock Lee 06.09.2009 Electra House 07.09.2009 Jab SUP 07.09.2009 Jab KKW 08.09.2009 Jab BIRO Guaman 10.09.2009 Jab JUPEM 11.09.2009 Meteorologi 11.09.2009 Alam Sekitar 12.09.2009 Spring 12.09.2009 Hock Lee 12.09.2009 Electra House 13.09.2009 Spring 13.09.2009 Hock Lee 18.09.2009 Terminal Bas Batu 3 19.09.2009 Spring 18.09.2009 Spring 18.09.2009 Hock Lee 18.09.2009 Electra House 19.09.2009 Electra House 18.09.2009 Lembaga Lada Hitam 29.09.2009 Long Murum Belaga 30.09.2009 Long Murum Belaga

OKTOBER
03.10.2009 Kpg Senari Jln Bako 03.10.2009 Tmn Sepakat Jaya (Flat) 03.10.2009 Spring Mall 03.10.2009 Kpg Sambir 04.10.2009 Spring Mall 04.10.2009 Kpg Peninjau Bau 04.10.2009 Tmn Siniwan Bau 04.10.2009 Kpg Siniwan Lot Bau 04.10.2009 Kpg Sambir 06.10.2009 CMS Jln Simenjaya 09.10.2009 Pesta Selangau 10.10.2009 Pesta Selangau 10.10.2009 Hock Lee Centre 10.10.2009 Electra House 10.10.2009 Dwn Suarah Kapit 11.10.2009 Kpg Buntal 11.10.2009 Hock Lee Centre 11.10.2009 Electra House 11.10.2009 Kpg Lidah Tanah 11.10.2009 Pekan Lidah Tanah 11.10.2009 Kpg Bunga Rampai Bau 11.10.2009 Batu Kitang 11.10.2009 Rh Andieng Sibu 12.10.2009 Kpg Annah Rais 12.10.2009 Lobi Wisma Persekutuan Sibu 12.10.2009 Pej Pelajaran Sibu 12.10.2009 Kemas Sibu 12.10.2009 SPRM Sibu 12.10.2009 Pej Pelajaran Sibu 12.10.2009 Pej Kesihatan Sibu 12.10.2009 Jab Insolvensi Sibu 12.10.2009 Belia & Sukan Sibu 12.10.2009 Penerangan Sibu 12.10.2009 Tenaga Kerja Sibu 12.10.2009 Perangkaan Sibu 12.10.2009 Perangkaan Sibu 12.10.2009 Perpaduan Sibu 12.10.2009 Koperasi Sibu 12.10.2009 Perdagangan Sibu 12.10.2009 Kastam Sibu 16.10.2009 Kpg Skio Mambong 17.10.2009 Kpg Skio Mambong 17.10.2009 Spring Mall 17.10.2009 Hock Lee Centre 17.10.2009 Electra House 18.10.2009 Spring Mall 18.10.2009 Hock Lee Centre 18.10.2009 Kpg Bako 18.10.2009 Tmn Sepakat Jaya Bako 19.10.2009 Hospital Bau 19.10.2009 Tkt 10 Wisma Persekutuan 20.10.2009 Bilik Gunasama W. P Sarikei 24.10.2009 Spring Mall 24.10.2009 Hock Lee Centre 25..10.2009 Hock Lee Centre 25.10.2009 Spring Mall 25.10.2009 Komplek Sukan Asajaya 26.10.2009 CMM 28.10.2009 CMM 29.10.2009 SPA 31.10.2009 Spring Mall 31.10.2009 Hock Lee Centre 31.10.2009 Electra House 31.10.2009 Pasar RPR Bt Kawa

PENDAFTARAN PEMILIH -2009

PENDAFTARAN PEMILIH

SIBU TOWN SQUARE PESTA JUALAN Kakitangan PPN Sarawak akan hadir di pesta jualan yang berlangsung di Sibu Town Square pada 9 july hingga 11 july 2009 untuk urusan pendaftaran pemilih. Orang ramai yang hadir sila kunjungi booth PPN bagi urusan untuk mendaftar dan hal-hal yang berhubung dengan SPR.

En Mohd. Tenor bin Lian Cik Dayang Intan Umi Amira bt Awg YusofPn Badariah AbdullahUntuk makluman sila hubungi kakitangan ppn Sarawak seperti di atas untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih baru atau tukar alamat.Mereka sekarang berada di Bahagian Miri untuk program outreach pada 5 jun 2009 sehingga 9 jun 2009.Sekian, terima kasih.

KAUNTER PENDAFTARAN PEMILIH

(a) Pada hari Sabtu dan Ahad 13&14 Jun 2009 kakitangan PPN di Bangunan MASJA dan Kg Sejingkat (Ahad) untuk membuat pendaftaran pemilih.Semua warga yang berada di kawasan berkenaan yang belum mendaftar sila jangan abaikan peluang ini.

(b) Pada 13 dan 14 jun 2009 PPN akan mengadakan kaunter terbuka di Halaman Perkhemahan Bangunan Baitul Maal.

(c) Pada 21 jun 2009 kaunter PPN akan di buka di Lobi Pustaka Negeri Sarawak bersama-sama dengan program Health Walk yang dianjurkan oleh mereka.(d) Dan 27 jun 2009 satu lagi kaunter terbuka diadakan di SMK Matang Jaya Kuching

HARI BERSAMA PELANGGAN - 2009

JULY Hari bersama pelangan pada bulan ini akan diadakan di SEBUYAU pada 25/26.7.2009 dalam bahagian Sri Aman. Bahagian pilihan raya Parlimen P.201 Batang Lupar. Warga Sebuyau dijemput hadir bersama menjayakan program ini.

JUN Orang ramai di jemput hadir bersama memeriahkan hari bersama pelanggan yang akan diadakan di SRI AMAN pada 27 Jun 2009. Di samping itu warga MALAYSIA yang hendak mendaftarkan diri sebagai pemilih atau untuk tujuan semakan nama sebagai pemilih hendaklah diingatkan supaya jangan lupa membawa kad pengenalaan. Kita cuba mendaftarkan sebanyak mungkin warga malaysia yang layak sebagai pemilih. Banyak perkara yang boleh diutarakan mengenai pilihan raya dengan kakitangan ppn Sarawak yang hadir pada hari bersama pelanggan nanti. Oleh itu jangan lepas peluang ini.

OGOS Hari Bersama Pelanggan akan diadakan di Pasar Tamu Kanowit pada 15/16 ogos 2009 dalam kawasan Parlimen P.210 Kanowit.

SEPTEMBER Hari Bersama Pelanggan akan diadakan di Lobi Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga Kuching pada 30 sept 2009.

OKTOBER Hari Bersama Pelanggan telah diadakan di Selangau pada 9 oct 2009 sehingga 10 oct 2009.

NOVEMBER Hari Bersama Pelanggan telah diadakan di Saratok - Pesta Krian pada 1 november 2009.

DISEMBER Hari Bersama Pelanggan telah diadakan di Pasar Mukah pada 6 Disember 2009

Ahad, 24 Januari 2010

WAN AHMAD: CHINESE MOST POSITIVE IN VOTER REGISTRATION

(Sin Chew Daily)
The Election Commission deputy chairman Datuk Hj Wan Ahmad bin Wan Omar said, Malaysians had become more positive in voter registration after the general elections last year, especially Chinese voters, while the Indians were the least enthusiastic.
He also told Sin Chew Daily, registration assistants appointed by DAP were the most active, followed by PAS, UMNO and PKR, while the assistants appointed by Gerakan and MIC were the least enthusiastic in registering new voters.
Wan Ahmad said, "Where campaigning is concerned, the Malays are the most positive, and they have been holding countless ceramahs. However, the Chinese seem to have the highest level of awareness for voter registration."
He said more than 2,000 registration assistants had been appointed by political parties as of last year, but more than half were not active and only fewer than 1,000 remained active today.
As such, he said the EC would request political parties to appoint new assistants.
He said each temporary registration assistant was entitled to RM1 allowance for each new voter registered, adding that the assistants appointed by DAP in Selangor, Penang, Perak and Melaka were the most active.
He said it might not be sufficient for each political party to have only one registration assistant for each state constituency, and the EC was planning to allow each party to appoint at least a few assistants in each state constituency for the voter registration exercise.
Wan Ahmad also said the last-minute mentality remained unchanged among the voters.
He explained that the EC would require at least three months to verify and legalise the status of new voters, and if by-elections or general elections were held suddenly, those without legalised voter status would not have the right to vote.