Khamis, 15 April 2010

Larangan bina pondok panas parti politik

Larangan bina pondok panas parti politik
Apr 15, 10 6:36pm

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi menegaskan, parti-parti politik dilarang mengadakan pondok panas untuk memancing undi, yang didirikan di luar semua pusat pengundian pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (kanan, berkot) berkata, pondok panas itu sepatutnya tidak perlu diadakan memandangkan SPR sendiri menyediakan barung untuk kemudahan pengundi menyemak nombor siri, pusat dan saluran mengundi di kawasan 50 meter daripada pusat mengundi yang ditetapkan."Kami sediakan barung untuk membantu pengundi membuat semakan dan kakitangan untuk menunjukkan saluran.“Jadi, semasa hari pengundian kita tidak membenarkan pondok panas didirikan dan saya harap semua calon politik memberikan kerjasama dari mengelakkan perkara ini berlaku,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.Wan Ahmad berkata, SPR sebelum ini telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan pondok panas didirikan di kawasan 50 meter dari pusat mengundi kerana ia sering dijadikan tempat parti politik berkempen pada hari pengundian.Katanya, berkempen pada hari berkenaan memang menjadi satu kesalahan menurut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan