Isnin, 12 Oktober 2009

BN KEKAL DI PILIHAN RAYA KECIL N.31 BAGAN PINANG


Bekas menteri besar Tan Sri Mohd Isa Samad menggandakan majoriti BN kepada 5,435 undi apabila mendapat 8,013 undi, meninggalkan jauh calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan hanya 2,578 undi.
Keputusan Pilihan Raya Kecil telah diumumkan pada 11 Oktober 2009 jam 8.00 malam di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.
Jumlah Undi rosak 223 dan peratusan pengundian 82 peratus.
Pada pilihan raya umum 2008 - rekod terburuk BN - parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi.Pada pilihan raya umum sebelumnya, prestasi BN yang paling baik sejak merdeka, ia memperolehi 4,411 undi.

Kejayaan BN semalam menebus maruah parti itu yang selama ini tercalar akibat kegagalan memenangi sebarang pilihan raya kecil di Semenanjung sejak sembilan kali ia diadakan.

BN juga berjaya menebus ketewasannya di tiga daripada lapan daerah mengundi pada Mac tahun lalu, semuanya didominasi pengundi bukan Melayu: Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong. Kemenangan Isa itu, selain membuktikan ketokohannya masih utuh walaupun tercalar dengan isu rasuah, juga menunjukkan pengundi bukan Melayu berpatah balik bersama BN

Isnin, 5 Oktober 2009

SPR cadang Pakatan Rakyat didaftar

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mencadangkan agar parti-parti pembangkang mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah gabungan yang sah seperti BN bagi membolehkan mereka berkempen sebagai satu pakatan."Daftarlah dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai parti Pakatan Rakyat, dan SPR tidak akan kacau lagi," katanya merujuk kepada tindakan SPR menurunkan bahan kempen parti yang tidak bertanding di Bagan Pinang semalam yang mencetuskan kekecohan apabila penyokong pembangkang mengerumuni anggota penguatkuasa suruhanjaya itu.Bercakap kepada pemberita di majlis sambutan Aidilfitri dan penyampaian sijil kepada petugas pilihan raya kecil Manik Urai di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 di sini malam tadi, Abdul Aziz berkata bahawa yang bertanding di Bagan Pinang adalah Pas dan Barisan Nasional manakala parti lain tidak membayar deposit dan tidak mendapat permit untuk berkempen."Sebab itu pasukan pemantau kita menurunkan bendera, simbol dan gambar parti yang tidak bertanding," katanya.Abdul Aziz berkata SPR telah menasihatkan semua parti berhubung larangan berkenaan tetapi ada pihak yang masih berdegil."Apabila kita ambil tindakan tegas, saya harap mereka dapat menerimanya dengan hati terbuka," katanya.Abdul Aziz juga berkata kenderaan yang dinaikinya telah dikepung pada hari penamaan calon di Bagan Pinang pada Sabtu lalu."(Kenderaan) kami ditahan. Kami dimaki hamun dan ditunjuk duit pada muka kita. Saya takut lihat muka mereka dan bimbang juga keselamatan kami seperti kenderaan diterbalikkan," katanya.Beliau berkata disebabkan itu SPR telah menasihatkan parti bertanding agar tidak membawa terlalu ramai penyokong berarak mengiringi calon pada hari penamaan calon iaitu tidak melebihi 5,000 orang tetapi ia tidak diendahkan. - Bernama

Ahad, 4 Oktober 2009

SPR minta penyokong BN, PAS jangan terlalu emosional

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menasihati penyokong BN dan PAS supaya saling hormat menghormati sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang - yang bermula selepas penamaan calon hari ini. Hari pengundian ditetapkan pada 11 Oktober depan."Masa kempen janganlah keluarkan perkataan yang sangat menyakitkan hati pihak yang lain....mereka kenal satu yang lain. Masa kempen itu juga jangan burukkan peribadi, memalukan seseorang, menjatuhkan maruah orang.....tak elok dan saya harap perkara itu tidak terus dibawa semasa hari pengundian."Saya harap pemimpin parti berkenaan, ingatkan pengikut masing-masing... jangan sampai hilang ingatan, jangan terlalu emosional. Kita mesti berfikir secara rasional," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon pilihan raya kecil itu di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, lapor BernamaDalam pilihan raya kecil itu, calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad, berdepan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar.Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor, yang mewakili BN, meninggal dunia pada 4 September lepas.Pada pilihan raya umum 2008, Azman menewaskan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.Sejumlah 13,664 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos, layak mengundi pada pilihan raya kecil ini.Abdul Aziz juga gembira kerana proses penamaan calon pilihan raya kecil itu berjalan dengan baik.Katanya penyokong parti yang bertanding diletakkan di dua kawasan berasingan dan berjauhan antara satu dengan lain mengikut laluan berbeza."Cuma sebelum mereka mula berhimpun pagi tadi, hujan lebat menyebabkan ramai mereka yang dalam keadaan basah kuyup. Saya dimaklumkan penyokong BN sebanyak 4,000 manakala 5,000 PAS," katanya. Beliau berkata SPR menerima tiga bantahan iaitu dua bantahan daripada PAS berhubung pekerjaan Mohd Isa dan saksi calon BN tidak berdaftar sebagai pemilih manakala bantahan BN terhadap calon PAS pula adalah kerana ada kes mahkamah.Bagaimanapun, katanya setelah disemak, ketiga-tiga bantahan itu ditolak dan kedua-dua calon daripada BN dan PAS sah bertanding.

N.31 Bagan Pinang: Pertandingan BN lawan PAS


Calon Bebas En.Shahruddin yang dikatakan penyokong dan penyadangnya bukan pemilih dari Kawasan DUN N.31 Bangan Pinang

Aksi penyokong BN dalam kumpulan PAS


Barisan penyokong PAS


Barsian penyokong BN


[ Calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dan BN Tan Sri Isa Samad ]
Pilihan Raya Kecil DUN N.31 Bagan Pinang akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar.
Pengumuman itu dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil DUN N.31 Bagan Pinang Abdul Wahab Shamsuddin
11am: Masa bantahan tamat
10.14am: Hanya calon BN, Tan Sri Isa Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar yang menyerahkan borang pencalonan. Tempoh serah borang pencalonan tamat jam 10 pagi.
Sebelum ini, Shahruddin tidak dapat menyerahkan kertas pencalonannya kepada penyokong bukan orang tempatan.
9.40am: Penyokong kedua belah pihak semakin meningkat dan jumlahnya dianggar sama banyak.
9.33am: Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid keluar dari pusat penamaan calon selepas mendapati penyokongnya bukan dari Bagan Pinang. Pencadang penduduk Bagan Pinang.
9.31am: Keadaan menjadi agak tegang apabila penyokong kedua belah pihak bergerak hampir satu sama lain. Penyokogn BN dan Pakatan terus melaung antara satu sama lain. Polis cuba meredakan keadaan.