Khamis, 28 Mei 2009

PILIHAN RAYA KECIL MANEK URAI DI KELANTAN

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai - memberikan lapan hari tempoh berkempen.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi di kerusi tersebut, bawah parlimen Kuala Krai.

Pilihanraya itu dipanggil akibat kekosongan susulan kematian penyandangnya Ismail Yaakub pada 22 Mei lalu.

Daftar pemilih yang akan digunakan termasuk daftar pemilih tambahan yang dikemaskini sehingga Jumaat lepas.

Penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai. Sembilan sekolah akan dijadikan pusat mengundi dengan seramai 350 petugas mengendalikan pilihanraya kecil itu.