Isnin, 12 Oktober 2009
BN KEKAL DI PILIHAN RAYA KECIL N.31 BAGAN PINANG
Bekas menteri besar Tan Sri Mohd Isa Samad menggandakan majoriti BN kepada 5,435 undi apabila mendapat 8,013 undi, meninggalkan jauh calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan hanya 2,578 undi.
Keputusan Pilihan Raya Kecil telah diumumkan pada 11 Oktober 2009 jam 8.00 malam di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.
Jumlah Undi rosak 223 dan peratusan pengundian 82 peratus.
Pada pilihan raya umum 2008 - rekod terburuk BN - parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi.Pada pilihan raya umum sebelumnya, prestasi BN yang paling baik sejak merdeka, ia memperolehi 4,411 undi.
Kejayaan BN semalam menebus maruah parti itu yang selama ini tercalar akibat kegagalan memenangi sebarang pilihan raya kecil di Semenanjung sejak sembilan kali ia diadakan.
BN juga berjaya menebus ketewasannya di tiga daripada lapan daerah mengundi pada Mac tahun lalu, semuanya didominasi pengundi bukan Melayu: Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong. Kemenangan Isa itu, selain membuktikan ketokohannya masih utuh walaupun tercalar dengan isu rasuah, juga menunjukkan pengundi bukan Melayu berpatah balik bersama BN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan